Friday, December 11, 2009

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.
Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.""Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."
Wa'allahualam….Hanya Allah dan Rasulnya yang mengetahui….Amiinn

Tuesday, November 24, 2009

PEKERJA YANG CEMERLANG

Pekerja yang cemerlang akan mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya kemudian akan mendapat kenaikan gaji juga. Mengapa kita tidak memilih untuk jadi pekerja cemerlang sedangkan kita ada potensi ke arah itu? Mengapa kita memilih untuk menjadi pekerja biasa saja sedangkan kita ada kapasiti untuk muncul menjadi pekerja cemerlang? Kita hanya perlu berfikiran positif, rajin, berdedikasi.

Kunci asasnya adalah kawalan emosi.Emosi yang baik, yang positif dapat mengubah kita menjadi orang berfikiran positif, rajin dan berdedikasi terhadap kerja-kerja dalam bidang tugas. Kena ada minat, matlamat, target dan tujuan dalam berkerjaya. Barulah ada motivasi, barulah ada dorongan kuat untuk kita cemerlang di tempat kerja.Kita kena faham emosi dalam diri kita terbahagi kepada dua - emosi positif dan emosi negatif. Dalam suasana kerja, kita akan lebih banyak berjumpa dengan emosi negatif sebab kita dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, mindset negatif dan sikap negatif.Anda sudah pasti tahu apa dia emosi-emosi positif - kegembiraan, keseronokan, keghairahan tinggi pada kerja, rasa tercabar, kesukaan yang mendalam. Kita memang dah lama tahu.Kita lupa untuk mengekalkannya dalam diri kita sebab fikiran kita sibuk memikir masalah, musibah dan berbagai keinginan yang belum tercapai. Fikiran kita juga banyak memikir orang-orang yang menyakitkan hati kita. Maka, kesan dari itu, emosi-emosi positif luntur habis. Susah untuk dibina semula, memakan masa dan asyik gagal.Mulai hari ini, usaha sehabis daya untuk mengekalkan emosi-emosi positif dalam diri Anda sebelum turun ke tempat kerja, ketika berada di tempat kerja, dalam waktu bekerja serta di luar waktu bekerja.

Latih diri Anda mengekalkan emosi-emosi positif.


7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat,makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

Hak harta intelek yang dimiliki oleh syarikat atau organisasi perlu dilindungi daripada ditiru,dicetak rompak,digunakan atau diniagakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak terutama bagi tujuan meraih keuntungan tanpa izin pemiliknya. Usahawan mempunyai pilihan beberapa pilihan seperti mendapatkan Cap dagang,pelindungan paten atau perlindungan hak cipta.Pendaftaran melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna.

Perlindungan Cap Dagangan.
Perlindungan cap dagangan diperuntukan di bawah Akta Cap Dagangan 1976,Akta Cap Dagangan (pindaan) 2000 dan Peruntukan Cap Dagangan 1977.Di bawah peruntukan tersebut,pemilik cap dagangan yang didaftarkan mempunyai hak eksklusif terhadap cap dagangan berkenaan.
Pelindungan Paten
Pelindungan paten diperuntukan di bawah Akta Paten (pindaan) 2003. Pendaftaran paten memberi kuasa kepada pemilik untuk mengekploitasi paten tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.
Perlindungan Hakcipta
Perlindungan hakcipta diperuntukkan di bawah Akta Hakcipta 1987.Peruntukan ini memberi hak kepada perniagaan, pencipta karya atau penerima hakcipta untuk mengawal pengeluaran samula dan mengunakan karya yang layak berkenaan dalam perbagai bentuk bagi sesuatu tempoh tertentu.
PERATURAN LAIN
Kawalan Pencemaran Alam Sekitar.
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1984 (pindaan)
2. Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( udara bersih)
3. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (kumbahan dan efluen perindustrian,1979)
4. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (bahan buangan berjadual 1983)
5. Akta Racun Perosak,1974
6. Akta Kilang dan Jentera 1967.

Thursday, November 19, 2009

Tips Hadapi Peperiksaan

Beberapa tips berguna dari sahabat seislam
(1) Bersikap Tenang :
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri bahawa kita boleh menjawabnya.
(2) Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat :
Semak sama ada kita memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
(3) Semak soalan tahun lalu (setiap subjek) :
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, kita tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
(4) Banyakkan pembelajaran secara output learning :
Di saat-saat akhir, kita seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman kita kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
(5) Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi :
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman kita terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong kita mengatasi bahagian subjek yang lemah.
(6) Nota ringkas :
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Kita boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
(7) Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya :
Biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
(8) Pemakanan berkhasiat dan seimbang :
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana kita mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
(9) Kawal emosi :
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat kita akan menduduki peperiksaan. Elak menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
(10) Banyakkan berdoa dan bersolat :
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, kita perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya.
Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Semoga berjaya.

Friday, October 16, 2009

PERUBAHAN DAN PENAMATAN PERNIAGAAN

 PERUBAHAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN.

1. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang B.


SYARAT

1. Rakan kongsi baru mestilah merupakan Warganegara Malaysia atau Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas.

2. Sebelum mendaftar perubahan maklumat perniagaan, pastikan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan telah diperbaharui.

3. Daftarkan perubahan maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan.

4. Perubahan jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan nama perniagaan.

5. Pemilik tunggal berdaftar yang menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan tidak boleh menambah rakan kongsi. Walau bagaimanapun, perkongsian boleh menukar status kepada pemilik tunggal dan sebaliknya menggunakan nama tred.

6. Perubahan pada maklumat pemilik perniagaan meliputi alamat kediaman, penarikan atau penambahan rakan kongsi, kematian dan perubahan jawatan dalam perkongsian.

7. Sertakan dokumen berikut:

- Salinan kad pengenalan rakan kongsi baru
- Salinan sijil kematian jika rakan kongsi meninggal dunia
- Salinan Surat Kelulusan atau Sokongan bagi perniagaan yang perlukan permit atau lesen

BAYARAN PENDAFTARAN

1. Pendaftaran Borang B – RM20.00
2. Pendaftaran menambah cawangan – RM5.00 setiap cawangan
3. Salinan maklumat perniagaan – RM10.00

PANDUAN AM

1. Hantar permohonan pendaftaran perubahan maklumat prniagaan di mana-mana cawangan SSM yang terdekat atau melalui pos.
Mana-mana orang yang merupakan orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan meneruskan perniagaan tanpa mengemukakan perubahan kepada butir-butir berdaftar perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Sesuatu perniagaan boleh ditamatkan dengan mengemukakan notis penamatan perniagaan melalui Borang C. Perniagaan boleh ditamatkan atas sebab berikut:-

1. Tidak berminat untuk meneruskan perniagaan
2. Kebankrapan
3. Kematian
4. Perintah Mahkamah
5. Menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang, memudaratkan kepada atau tidak bersesuaian dengan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.

PROSEDUR PENAMATAN PERNIAGAAN

1. Lengkapkan Borang C (Pendaftaran Penamatan Perniagaan) dengan mengisikan butir – butir maklumat seperti berikut :
a) Tarikh penamatan perniagaan
b) Alasan-alasan penamatan perniagaan.
2. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang C

BAYARAN PENDAFTARAN

1. Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan – RM30.00
2. Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00
3. Pendaftaran Cawangan – RM5.00 setiap cawangan
4. Salinan Maklumat Perniagaan – RM10.00

PANDUAN AM

1. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.
2. Keputusan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam.
Seseorang yang menjadi seorang yang diperlukan untuk mendaftar perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ini menjalankan perniagaan itu tanpa mendaftarkan perniagaan itu atau melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN

Untuk perubahan maklumat perniagaan, pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab atas perniagaan perlu melengkapkan borang berikut:-
1. BORANG B1 - Perubahan Alamat Perniagaan
2. BORANG B2 - Perubahan Jenis Perniagaan
3. BORANG B3 - Perubahan Maklumat Cawangan
4. BORANG B4 - Perubahan Maklumat Pemilik/Rakan Kongsi

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN

PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti berikut:

1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh 2 orang dan tidak melebihi daripada 20 rakan kongsi.

PROSEDUR PENDAFTARAN

1. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadang daripada SSM. Isikan Borang PNA 42 jika menggunakan nama tred. Nama diri seperti di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.
2. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) dengan mengisikan butir – butir maklumat seperti berikut :
a) Nama perniagaan
b) Jenis perniagaan
c) Tarikh permulaan perniagaan
d) Alamat dan tempat perniagaan
e) Cawangan perniagaan
f) Maklumat pemilik
g) Bagi perkongsian lampirkan perjanjian perkongsian (jika ada).

3. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang A.

SYARAT
1. Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan.
2. Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
3. Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang.
4. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau kebenaran.
5. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.
6. Sertakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada)
- Permit, Lesen, Surat Kebenaran atau Surat Sokongan dari agensi lain (jika ada)

BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN

Sebelum memilih sesuatu jenis entity perniagaan,adalah penting untuk mengetahui beberapa perbezaan dan ciri perniagaan milikan tunggal,perkongsian dan syarikat sendirian berhad.
Milikan Tunggal ( persaorangan )
- Dimiliki oleh seseorang pengusaha sahaja.
- Pengusaha lazimnya dibantu oleh pekerja yang dibayar gaji.
- Pemilikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap liability ( hutang ),pengurusan dan masa hadapan perniagaan.
- Perolehan modal bergantung kepada kemampuan pemilik.

Pemilikan Perniagaan Perkongsian
- Dimiliki oleh 2 hingga 20 orang
- Hak dan tanggungjawab rakan kongsi termaktub dalam surat perjanjian dan/ atau Akta Perkongsian 1961.
- Hutang perniagaan ditanggung oleh rakan kongsi secara bersama seperti yang dipersetujui dalam surat perjanjian.
- Sumber modal disumbangkan bersama oleh rakan kongsi.

Syarikat Sendirian Berhad.
- Bilangan anggota antara 2 hingga 50 orang.
- Tanggungjawab kewangan anggota syarikat terhad kepada jumlah saham yang dipegang.
- Syarikat perlu menggunakan perkataan ‘Sendirian. Berhad’ (Sdn.Bhd) di penghujung nama syarikat.
- Syarikat tidak dibenarkan mempelawa orang awam membeli saham syarikat.

Friday, October 2, 2009

Motivasi Kerja - Mengapa Kawalan Emosi Penting Untuk Cemerlang Dalam Bekerja September

29th, 2009
Kerja kita adalah hidup kita. Apabila kita tidak bersemangat bekerja, maka kita tidak akan bersemangat menjalani hidup kita. Kita akan kehilangan momentum, kebahagiaan memudar, kegembiraan jatuh ke tahap mendatar.Kita selalu tak ada mood buat kerja. Kita selalu ponteng ke tempat kerja. Tiap kali hari kerja, turun bekerja satu perbuataan yang amat menyesakkan buat kita sebab kita terpaksa bangun awal pagi, terpaksa kelam kabut gi tempat kerja.Suasana tempat kerja bagaikan penjara buat kita. Kita tak sabar nak menunggu waktu makan tengahari, kita tak sabar menunggu waktu habis bekerja supaya kita dapat berehat di rumah. Kita tak ada keseronokan bekerja, kita tak suka kerja kita tu, cuma nak gajinya saja untuk menyara hidup kita.Jika kita tak suka kerja kita, maka kesannya akan nampak pada emosi kita.

Emosi datang dari minda separa sedar.Jika emosi kita banyak mengarah kepada emosi-emosi buruk, maka minda separa sedar akan menemukan kita dengan situasi buruk, orang-orang berperangai buruk, perkara-perkara buruk. Hal ini akan berterusan selagi emosi kita banyak mengarah kepada emosi buruk. Minda separa sedar menarik apa yang serupa dengan emosi kita dan apa yang ada difikiran kita.Anda kena sedar pentingnya mengawal emosi dalam bekerja. Emosi adalah mood Anda, perasaan Anda, ‘feel’ Anda. Untuk bersemangat bekerja, pastikan emosi Anda berada pada tahap baik, iaitu pada tahap positif.Kita kena kenal pasti kepentingan kerja dalam hidup kita. Kerja amat penting sebab dari situ rezeki kita datang. Jadi, kita kena jaga emosi kita supaya kita cemerlang dalam bekerja lantas memberi kesan kepada tahap pendapatan kita.

MOTIVASI KERJAYA

Pekerja yang cemerlang akan mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya kemudian akan mendapat kenaikan gaji juga. Mengapa kita tidak memilih untuk jadi pekerja cemerlang sedangkan kita ada potensi ke arah itu? Mengapa kita memilih untuk menjadi pekerja biasa saja sedangkan kita ada kapasiti untuk muncul menjadi pekerja cemerlang? Kita hanya perlu berfikiran positif, rajin, berdedikasi.
Kunci asasnya adalah kawalan emosi.Emosi yang baik, yang positif dapat mengubah kita menjadi orang berfikiran positif, rajin dan berdedikasi terhadap kerja-kerja dalam bidang tugas. Kena ada minat, matlamat, target dan tujuan dalam berkerjaya. Barulah ada motivasi, barulah ada dorongan kuat untuk kita cemerlang di tempat kerja.Kita kena faham emosi dalam diri kita terbahagi kepada dua - emosi positif dan emosi negatif. Dalam suasana kerja, kita akan lebih banyak berjumpa dengan emosi negatif sebab kita dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, mindset negatif dan sikap negatif.Anda sudah pasti tahu apa dia emosi-emosi positif - kegembiraan, keseronokan, keghairahan tinggi pada kerja, rasa tercabar, kesukaan yang mendalam. Kita memang dah lama tahu.Kita lupa untuk mengekalkannya dalam diri kita sebab fikiran kita sibuk memikir masalah, musibah dan berbagai keinginan yang belum tercapai. Fikiran kita juga banyak memikir orang-orang yang menyakitkan hati kita. Maka, kesan dari itu, emosi-emosi positif luntur habis. Susah untuk dibina semula, memakan masa dan asyik gagal.Mulai hari ini, usaha sehabis daya untuk mengekalkan emosi-emosi positif dalam diri Anda sebelum turun ke tempat kerja, ketika berada di tempat kerja, dalam waktu bekerja serta di luar waktu bekerja.
Latih diri Anda mengekalkan emosi-emosi positif.

Thursday, October 1, 2009

HIDUP IBARAT RODA

Satu perkara yang paling penting, saya ramai ditemukan dengan orang-orang positif yang dulunya berfikiran negatif. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup mereka mengubah tanggapan negatif mereka, dari pesimisi menjadi optimis.Antara situasi yang banyak mengubah mereka adalah masalah hidup - masalah perhubungan dan masalah kewangan. Entah cemana, mereka tetiba sedar cara nak keluar dari masalah adalah dengan bersikap optimis, iaitu yakin masalah boleh diselesaikan satu persatu dengan usaha konsisten.Sekadar membaca buku motivasi masih tak cukup untuk membuat diri kita bermotivasi. Kita perlu berdepan alam sebenar, berani mendepani realiti hidup, memahami perjalanannya.Kita kena menafsir bagaimana hidup ni mengajar kita menjadi insan cemerlang, beremosi cemerlang dan bertindak cemerlang. Jika orang lain boleh selesaikan masalahnya, maka sesiapapun boleh, termasuk kita.Semuanya bermula dengan satu faktor sahaja - tindakan berterusan!

Sunday, August 30, 2009

Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan seksaannya, maka Sabda Baginda: "Ia-itulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita di tetak atau di pukul dengan kayu, rotan mau pun besi, bukan banyak, cuma sekali sahaja, itu pun sudah tidak dapat di gambarkan kesakitannya. Inikan pula di tetak dengan tiga ratus kali tetakan

Wednesday, August 26, 2009

23 LANGKAH MENCAPAI KEJAYAAN

1. Ke Arah Kesihatan Yang Baik
2. Mempelajari Pelajaran Yang Baru
3. Peningkatan Daya Tumpuan
4. Membaiki Daya Ingatan
5. Emosi Baru Yang Positif
6. Suara Yang Menarik dan Jelas
7. Lebih Berhati-Hati Esok
8. Berkhidmat Dengan Cemerlang
9. Ke Arah Cita-Cita Yang Lebih Tinggi
10. Jadikan Kematangan Satu Matlamat
11. Keluarga Yang Bahagia
12. Perbaiki Komunikasi
13. Manfaat Dari Pembacaan
14. Masalah Untuk Penyelesaian
15. Menambah Kebahagiaan
16. Bidang Mental Yang Lebih Luas
17. Tiada Lagi Kecelaruan (kerja bersistem)
18. Anda Lebih Imaginatif
19. Projek Demi Projek
20. Melakukan Lebih Dari Dugaan
21. Menjadi Ibu Bapa Yang Baik
22. Semuanya Tenang dan Tenteram
23. Perkayakan Hidup Anda Sekarang

TINGKAT KEHENDAK (TIORI MASLOW)

• Mengikut Abraham Maslow, seorang pakar sains kelakuan, ‘manusia sentiasa berkehendakkan sesuatu yang lebih daripada apa yang ada padanya’. Apabila sesuatu keperluan telah tercapai, ia akan berkehendakkan sesuatu yang lebih tinggi.
• Keperluan asas merupakan keperluan untuk membolehkan sesorang menjalani kehidupan biasa. Contoh makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
• Keselamatan dan jaminan ialah keperluan yang membolehkan kehidupan masa depan sesorang akan terjamin seperti pekerjaan tetap dan pencen.
• Keperluan sosial ialah keperluan untuk berkawan, berjiran dan berbaik-baik dengan ahli masyarakat.
• Keperluan kehormatan diri berkaitan dengan status penghargaan dan pengikhtirafan dari sahabat dan masyarakat.
• Pencapaian diri (kepuasan) merupakan kepuasan maksimum yang ingin dicapai oleh seseorang individu walaupun hakikatnya ini mungkin sukar dicapai

Satu perkara yang paling penting, saya ramai ditemukan dengan orang-orang positif yang dulunya berfikiran negatif. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup mereka mengubah tanggapan negatif mereka, dari pesimisi menjadi optimis.Antara situasi yang banyak mengubah mereka adalah masalah hidup - masalah perhubungan dan masalah kewangan. Entah cemana, mereka tetiba sedar cara nak keluar dari masalah adalah dengan bersikap optimis, iaitu yakin masalah boleh diselesaikan satu persatu dengan usaha konsisten.Sekadar membaca buku motivasi masih tak cukup untuk membuat diri kita bermotivasi. Kita perlu berdepan alam sebenar, berani mendepani realiti hidup, memahami perjalanannya.Kita kena menafsir bagaimana hidup ni mengajar kita menjadi insan cemerlang, beremosi cemerlang dan bertindak cemerlang. Jika orang lain boleh selesaikan masalahnya, maka sesiapapun boleh, termasuk kita.Semuanya bermula dengan satu faktor sahaja - tindakan berterusan!


Tuesday, August 25, 2009

BAGAIMANA UNTUK MENJADI PEMIMPIN CEMERLANG

Membina Diri Menjadi Seorang PemimpinCemerlang

1. Suka dikritik atau ditegur
Sangat tidak sesuai jika sesaorang itu ingin mengharungi lautan tanpa bertanya kepada orang yang tahu mengenai keadaan dilaut yang luas. Jika kita di beri nasihat seharusnya kita berterima kasih. Jika kita tersinggung karena di sebut awak bodoh maka seharusnya kita tersinggung jika disebut awak pandai karena itu tidak benar. Jika kita benci terhadap kritikan, saranan, nasihat atau membetulkan kesilapan maka kita tidak akan boleh menjadi orang yang cemerlang. Jika seorang pemimpin benci terhadap cadangan atau nasihat, bahkan memusuhi orang yang mengkritik, maka dia tidak akan  mampu memimpin dengan baik.
2. Memiliki Kasih Sayang Terhadap Sesama Insan
Diriwayatkan bahawa orang yang dinasihati oleh Rasulullah secara bijaksana berbalik menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Orang-orang yang cemerlang akan sayang terhadap sesama insan. Berbanding dengan orang-orang yang hidup penuh dengan kebencian, dimana kepuasan bathinnya adalah menghancurkan orang lain. Pemimpin yang cemerlang memiliki kasih sayang yang tinggi tidak hanya pada waktu tertentu sahaja. Kasih sayangnya juga tidak hanya untuk satu pihak atau kelompok tertentu melainkan  untuk semua golongan masyarakat.
3. Tidak Sombong
Orang yang sombong jelas tidak akan dapat menjadi cemerlang, karena kecemerlangan  itu pada dasarnya ingin kebaikan bersama, orang yang sombong biasanya hanya berkehendakkan kebaikan untuk dirinya sendiri. Rasulullah selalu hidup dalam pengorbanan, begitu juga Malaysia dapat membebaskan diri daripada penjajah hasil daripada orang-orang yang berjuang dengan mengorbankan jiwa dan harta benda. Orang yang cemerlang adalah orang yang mahu berkorban untuk orang lain bukan mengorbankan orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri.
4. Elakkan Daripada Terlalu Emosi
Keadaan itu bermaksud orang yang temperamental, mudah marah,  mudah tersinggung, sukar menjadi orang cemerlang .Kita hanya dapat menjadi cemerlang dengan pertolongan Allah dan kegigihan usaha untuk berubah, jadi orang yang cemerlang adalah orang yang beterampilan mengurus diri. Berhati-hatilah jika kita tergulung orang yang mudah marah kerana jika bertindak sesuatu biasanya cenderung bertindak dengan tidak mengunakan akal yang waras. Orang-orang yang emosional, tersinggung sedikit akan cuba membela diri dan dengan menyerang balas , ini tidak bijaksana karena yang dicari adalah kemenangan pribadi bukan kebenaran itu sendiri.
5. Berkemampuan membina Diri
Orang yang cemerlang tidak hanyut oleh masa yang lampau tetapi selalu memandang ke hadepan untuk memperbaiki kelemahan diri. Orang yang cemerlang akan membangkitkan semangat orang yang lemah, menerangi sesuatu kegelapan. Jika melihat orang yang berdosa, maka ia akan bersemangat untuk mengajak orang tersebut untuk bertaubat. Orang yang cemerlang ingin membuat orang lain maju dan sangat tidak suka kepada kehancuran dan kemusnahan kecuali bagi kebathilan. Semangat orang yang cemerlang adalah semangat untuk maju tidak hanya untuk dirinya sahaja tetapi juga bagi orang lain di sekelilingnya.

Maka yang dikehendaki pada seorang pemimpin cemerlang adalah pribadi yang tidak terlalu emosi, tidak sombong, penuh kasih sayang, suka dikritik dan memiliki semangat  untuk membangunkan dirinya,ummat serta bangsanya, dia tidak akan peduli walaupun disebalik kebangkitan yang ada dia mungkin akan tenggelam.Pemimpin yang bijak tidak peduli pada populariti diri dan tidak peduli dengan adanya pujian manusia karena kuncinya adalah ketulusan dan tidak mengharapkan apapun dari yang telah di lakukannya, adalah tidak akan mampu menjadi cemerlang jika kita mengharapkan sesuatu dari apa yang kita lakukan. Kita hanya akan menikmati kecemerlangan jika kita boleh memberikan sesuatu dari rezeki kita, bukannya mengharapkan sesuatu dari yang kita kerjakan.

Friday, May 29, 2009

RENUNGAN SUAMI/ISTERI


KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia.. Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..
JIKA SUAMI
Jika suami sayangkan isteri Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri Cintanya suci hingga ke mati
PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA. TETAPI .... KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ????? JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...