Membina Diri Menjadi Seorang PemimpinCemerlang
1. Suka dikritik atau ditegur
Sangat tidak sesuai jika sesaorang itu ingin mengharungi lautan tanpa bertanya
kepada orang yang tahu mengenai keadaan dilaut yang luas. Jika kita di beri nasihat seharusnya
kita berterima kasih. Jika kita tersinggung karena di sebut awak bodoh maka
seharusnya kita tersinggung jika disebut awak pandai karena itu tidak benar. Jika
kita benci terhadap kritikan, saranan, nasihat atau membetulkan kesilapan maka kita tidak akan boleh menjadi orang yang cemerlang. Jika seorang pemimpin benci terhadap cadangan atau
nasihat, bahkan memusuhi orang yang mengkritik, maka dia tidak akan mampu
memimpin dengan baik.
2. Memiliki Kasih Sayang Terhadap Sesama Insan
Diriwayatkan bahawa orang yang dinasihati
oleh Rasulullah secara bijaksana berbalik menjadi orang yang lebih baik dari
sebelumnya. Orang-orang yang cemerlang akan sayang terhadap sesama insan. Berbanding dengan
orang-orang yang hidup penuh dengan kebencian, dimana kepuasan bathinnya adalah
menghancurkan orang lain. Pemimpin yang cemerlang memiliki kasih sayang yang tinggi tidak hanya pada waktu tertentu sahaja. Kasih sayangnya juga tidak
hanya untuk satu pihak atau kelompok tertentu melainkan untuk semua golongan masyarakat.
3. Tidak Sombong
Orang yang sombong jelas tidak akan dapat menjadi cemerlang,
karena kecemerlangan itu pada dasarnya ingin kebaikan bersama, orang yang sombong
biasanya hanya berkehendakkan kebaikan untuk dirinya sendiri. Rasulullah selalu
hidup dalam pengorbanan, begitu juga Malaysia dapat membebaskan diri daripada penjajah hasil daripada orang-orang
yang berjuang dengan mengorbankan jiwa dan harta benda. Orang yang cemerlang adalah orang yang mahu
berkorban untuk orang lain bukan mengorbankan orang lain untuk kepentingan
dirinya sendiri.
4. Elakkan Daripada Terlalu Emosi
Keadaan itu bermaksud orang yang temperamental, mudah marah, mudah tersinggung, sukar menjadi orang cemerlang .Kita hanya dapat
menjadi cemerlang dengan pertolongan Allah dan kegigihan usaha untuk berubah, jadi
orang yang cemerlang adalah orang yang beterampilan mengurus diri. Berhati-hatilah
jika kita tergulung orang yang mudah marah kerana jika bertindak sesuatu biasanya
cenderung bertindak dengan tidak mengunakan akal yang waras. Orang-orang yang emosional, tersinggung sedikit akan cuba membela diri dan dengan menyerang balas , ini tidak bijaksana karena yang dicari
adalah kemenangan pribadi bukan kebenaran itu sendiri.
5. Berkemampuan membina Diri
Orang yang cemerlang tidak hanyut oleh masa yang lampau tetapi selalu memandang ke hadepan untuk memperbaiki kelemahan diri. Orang yang cemerlang akan membangkitkan semangat orang yang lemah, menerangi sesuatu kegelapan. Jika melihat orang yang berdosa, maka ia akan bersemangat untuk mengajak
orang tersebut untuk bertaubat. Orang yang cemerlang ingin membuat orang lain maju dan
sangat tidak suka kepada kehancuran dan kemusnahan kecuali bagi kebathilan.
Semangat orang yang cemerlang adalah semangat untuk maju tidak hanya untuk dirinya sahaja
tetapi juga bagi orang lain di sekelilingnya.
Maka yang dikehendaki pada seorang pemimpin cemerlang adalah
pribadi yang tidak terlalu emosi, tidak sombong, penuh kasih sayang, suka dikritik dan memiliki semangat untuk membangunkan dirinya,ummat
serta bangsanya, dia tidak akan peduli walaupun disebalik kebangkitan yang ada
dia mungkin akan tenggelam.Pemimpin yang bijak tidak peduli pada populariti diri dan tidak
peduli dengan adanya pujian manusia karena kuncinya adalah ketulusan dan tidak
mengharapkan apapun dari yang telah di lakukannya, adalah tidak akan mampu menjadi cemerlang
jika kita mengharapkan sesuatu dari apa yang kita lakukan. Kita hanya akan
menikmati kecemerlangan jika kita boleh memberikan sesuatu dari rezeki kita,
bukannya mengharapkan sesuatu dari yang kita kerjakan.
No comments:
Post a Comment