Wednesday, August 26, 2009

TINGKAT KEHENDAK (TIORI MASLOW)

• Mengikut Abraham Maslow, seorang pakar sains kelakuan, ‘manusia sentiasa berkehendakkan sesuatu yang lebih daripada apa yang ada padanya’. Apabila sesuatu keperluan telah tercapai, ia akan berkehendakkan sesuatu yang lebih tinggi.
• Keperluan asas merupakan keperluan untuk membolehkan sesorang menjalani kehidupan biasa. Contoh makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
• Keselamatan dan jaminan ialah keperluan yang membolehkan kehidupan masa depan sesorang akan terjamin seperti pekerjaan tetap dan pencen.
• Keperluan sosial ialah keperluan untuk berkawan, berjiran dan berbaik-baik dengan ahli masyarakat.
• Keperluan kehormatan diri berkaitan dengan status penghargaan dan pengikhtirafan dari sahabat dan masyarakat.
• Pencapaian diri (kepuasan) merupakan kepuasan maksimum yang ingin dicapai oleh seseorang individu walaupun hakikatnya ini mungkin sukar dicapai

Satu perkara yang paling penting, saya ramai ditemukan dengan orang-orang positif yang dulunya berfikiran negatif. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup mereka mengubah tanggapan negatif mereka, dari pesimisi menjadi optimis.Antara situasi yang banyak mengubah mereka adalah masalah hidup - masalah perhubungan dan masalah kewangan. Entah cemana, mereka tetiba sedar cara nak keluar dari masalah adalah dengan bersikap optimis, iaitu yakin masalah boleh diselesaikan satu persatu dengan usaha konsisten.Sekadar membaca buku motivasi masih tak cukup untuk membuat diri kita bermotivasi. Kita perlu berdepan alam sebenar, berani mendepani realiti hidup, memahami perjalanannya.Kita kena menafsir bagaimana hidup ni mengajar kita menjadi insan cemerlang, beremosi cemerlang dan bertindak cemerlang. Jika orang lain boleh selesaikan masalahnya, maka sesiapapun boleh, termasuk kita.Semuanya bermula dengan satu faktor sahaja - tindakan berterusan!


No comments:

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...