Monday, March 17, 2014

DAYA PEMIKIRAN KREATIF


1.    Pemikiran adalah satu proses berasaskan pengetahuan, pengalaman dan    imaginasi.
2.    Pemikiran kreatif tidak semestinya mempunyai bakat-bakat tertentu atau IQ yangtinggi
 3.   Dadah boleh menghalang proses pemikiran kreatif

 4    Menjadi kreatif tidak bererti kita mesti menghapuskan dan meninggalkan amalan-amalan
4.         lama sama sekali. Sebahagian dari amalan itu telah diuji kebaikannya yang 
       telah kita lakukan. Apa yang perlu ialah membuat perubahan atau pembaharuan
       selaras dengan keadaan dan persekitaran semasa.
     
5.  Intisari kepada kreativiti ialah mengenalpasti sesuatu cabaran dan kemudianmengawasinya
     secara original, efektif dan imaginatif
6.    Pemikiran kreatif bertujuan untuk menyelesaikan masalah atau isu. Ada 4 pendekatan yang boleh digunakan :
              a. Pendekatan yang baru dan ganjil
              b. Merekacipta(invent) sesuatu keluaran yang baru.
              c. Mencari kegunaan yang baru bagi barang-barang yang sedia ada.
              d. Merekacipta konsep yang baru.
7.         Hidup di masa kini memaksa kita berlumba antara satu sama lain. Orang yang kreatif mempunyai peluang yang lebih untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang.
 8.   Anda perlu memperkuatkan semangat pada diri sendiri, bersedia membuat pembaharuan dan bersifat kreatif agar berjaya di dalam apa jua lapangan yang diceburi.
CIRI-CIRI ORANG YANG KREATIF 
a.         Dia tidak membenarkan mindanya menjadi pasif dan menerima sesuatu idea atau perkara tanpa menyoal.
b.        Dia berani mengeluarkan ideanya. Pemikiran kreatif merupakan satu “adventure” bagi orang-orang yang kreatif.
c          Dia mempunyai daya usaha yang lebih. Sifat ini ada pada insan yang suka mencabar amalan biasa yang didapati kurang berkesan serta berani pula mencuba idea, cara atau pendekatan baru yang belum pernah dicuba oleh sesiapapun.
d.         Insan yang kreatif bukan sahaja boleh menghasilkan ciptaan dan rekaan baru yang lebih cantik dan menarik, tetapi juga mampu menyelesaikan masalah yang rumit dengan cekap.
e.         Dia rajin bekerja, tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.
f.          Mempunyai sifat yang bebas. Apabila kita mengemukakan idea-idea yang baru, kita boleh dipulaukan oleh orang lain. Tidak ramai yang berani untuk menghadapi keadaan ini, kecuali orang-orang yang mempunyai kebebasan.


Sunday, March 16, 2014

SEKIRANYA SUKSES (KEJAYAAN) SATU PERMAINAN INI ADALAH UNDANG-UNDANGNYA



Apakah ciri-cirinya
1.         Setiap orang mempunyai definisi tersendiri tentang kejayaan
Tiada definisi khusus tentang sukses. Setiap orang mempunyai visi berlainan.
2.         Berkehendakan kejayaan ialah langkah utama terhadap pencapaiannya
Apabila kita tercuit keinginan tersebut, kita telah memulakan pergerakan menuju sukses
3.         Kepercayaan diri penting
            Untuk dicapai, kenali diri dan hormati kebenarannya
4.         Matlamat adalah batu loncatan dalam arahtuju
            Perjalanan dijana oleh matlamat yang diambil sepanjang perjalanan
5.         Tindakan kita menentukan keadaan / kedudukan
Kualiti & kuantiti tenaga kita gunakan mempunyai impak terus kepada keputusan
6.         Peluang-peluang akan dikenalpasti
Peluang dalam hidup datang sekali-sekala dan terpulang kepada anda memilih/mengambilnya ketika itu
7.         Setiap kegagalan merupakan pengajaran
Terdapat kegagalan/kekecewaan sepanjang jalan. Belajar dari pengalaman ini boleh merubah ke jalan sukses
8.         Pengurusan sumber anda / Maksimum usaha
Masa, tenaga, perhubungan dan kewangan adalah aset anda yang berharga. Menguruskan dengan bijak memungkinkan pencapaian sukses.
9.         Setiap tahap kejayaan membawa cabaran baru
Setiap pencapaian mengubah realiti anda, sama ada sedikit atau secara dramatik. Tugas anda adalah untuk mengimbangi diri anda apabila ini berlaku
10.       Kejayaan ialah satu proses berterusan
Setiap daratan mempunyai pendakian baru. Sekiranya sampai ke mercu akan ada lagi mercu lain untuk didaki.

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...