Tuesday, November 24, 2009

PEKERJA YANG CEMERLANG

Pekerja yang cemerlang akan mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya kemudian akan mendapat kenaikan gaji juga. Mengapa kita tidak memilih untuk jadi pekerja cemerlang sedangkan kita ada potensi ke arah itu? Mengapa kita memilih untuk menjadi pekerja biasa saja sedangkan kita ada kapasiti untuk muncul menjadi pekerja cemerlang? Kita hanya perlu berfikiran positif, rajin, berdedikasi.

Kunci asasnya adalah kawalan emosi.Emosi yang baik, yang positif dapat mengubah kita menjadi orang berfikiran positif, rajin dan berdedikasi terhadap kerja-kerja dalam bidang tugas. Kena ada minat, matlamat, target dan tujuan dalam berkerjaya. Barulah ada motivasi, barulah ada dorongan kuat untuk kita cemerlang di tempat kerja.Kita kena faham emosi dalam diri kita terbahagi kepada dua - emosi positif dan emosi negatif. Dalam suasana kerja, kita akan lebih banyak berjumpa dengan emosi negatif sebab kita dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, mindset negatif dan sikap negatif.Anda sudah pasti tahu apa dia emosi-emosi positif - kegembiraan, keseronokan, keghairahan tinggi pada kerja, rasa tercabar, kesukaan yang mendalam. Kita memang dah lama tahu.Kita lupa untuk mengekalkannya dalam diri kita sebab fikiran kita sibuk memikir masalah, musibah dan berbagai keinginan yang belum tercapai. Fikiran kita juga banyak memikir orang-orang yang menyakitkan hati kita. Maka, kesan dari itu, emosi-emosi positif luntur habis. Susah untuk dibina semula, memakan masa dan asyik gagal.Mulai hari ini, usaha sehabis daya untuk mengekalkan emosi-emosi positif dalam diri Anda sebelum turun ke tempat kerja, ketika berada di tempat kerja, dalam waktu bekerja serta di luar waktu bekerja.

Latih diri Anda mengekalkan emosi-emosi positif.


7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat,makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

Hak harta intelek yang dimiliki oleh syarikat atau organisasi perlu dilindungi daripada ditiru,dicetak rompak,digunakan atau diniagakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak terutama bagi tujuan meraih keuntungan tanpa izin pemiliknya. Usahawan mempunyai pilihan beberapa pilihan seperti mendapatkan Cap dagang,pelindungan paten atau perlindungan hak cipta.Pendaftaran melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna.

Perlindungan Cap Dagangan.
Perlindungan cap dagangan diperuntukan di bawah Akta Cap Dagangan 1976,Akta Cap Dagangan (pindaan) 2000 dan Peruntukan Cap Dagangan 1977.Di bawah peruntukan tersebut,pemilik cap dagangan yang didaftarkan mempunyai hak eksklusif terhadap cap dagangan berkenaan.
Pelindungan Paten
Pelindungan paten diperuntukan di bawah Akta Paten (pindaan) 2003. Pendaftaran paten memberi kuasa kepada pemilik untuk mengekploitasi paten tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.
Perlindungan Hakcipta
Perlindungan hakcipta diperuntukkan di bawah Akta Hakcipta 1987.Peruntukan ini memberi hak kepada perniagaan, pencipta karya atau penerima hakcipta untuk mengawal pengeluaran samula dan mengunakan karya yang layak berkenaan dalam perbagai bentuk bagi sesuatu tempoh tertentu.
PERATURAN LAIN
Kawalan Pencemaran Alam Sekitar.
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1984 (pindaan)
2. Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( udara bersih)
3. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (kumbahan dan efluen perindustrian,1979)
4. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (bahan buangan berjadual 1983)
5. Akta Racun Perosak,1974
6. Akta Kilang dan Jentera 1967.

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...