Tuesday, November 24, 2009

PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

Hak harta intelek yang dimiliki oleh syarikat atau organisasi perlu dilindungi daripada ditiru,dicetak rompak,digunakan atau diniagakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak terutama bagi tujuan meraih keuntungan tanpa izin pemiliknya. Usahawan mempunyai pilihan beberapa pilihan seperti mendapatkan Cap dagang,pelindungan paten atau perlindungan hak cipta.Pendaftaran melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna.

Perlindungan Cap Dagangan.
Perlindungan cap dagangan diperuntukan di bawah Akta Cap Dagangan 1976,Akta Cap Dagangan (pindaan) 2000 dan Peruntukan Cap Dagangan 1977.Di bawah peruntukan tersebut,pemilik cap dagangan yang didaftarkan mempunyai hak eksklusif terhadap cap dagangan berkenaan.
Pelindungan Paten
Pelindungan paten diperuntukan di bawah Akta Paten (pindaan) 2003. Pendaftaran paten memberi kuasa kepada pemilik untuk mengekploitasi paten tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.
Perlindungan Hakcipta
Perlindungan hakcipta diperuntukkan di bawah Akta Hakcipta 1987.Peruntukan ini memberi hak kepada perniagaan, pencipta karya atau penerima hakcipta untuk mengawal pengeluaran samula dan mengunakan karya yang layak berkenaan dalam perbagai bentuk bagi sesuatu tempoh tertentu.
PERATURAN LAIN
Kawalan Pencemaran Alam Sekitar.
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1984 (pindaan)
2. Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( udara bersih)
3. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (kumbahan dan efluen perindustrian,1979)
4. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (bahan buangan berjadual 1983)
5. Akta Racun Perosak,1974
6. Akta Kilang dan Jentera 1967.

No comments:

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...