Perkara7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah
sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih
ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari
yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang
niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil
beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di
waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip
mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan
energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti
sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi
motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi
pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi
harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda
menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila
anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda
dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam
tak cukup ¡cas betri¢ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula
dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku,
mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan
mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu
menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah
untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini
juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas
atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu.
Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri
kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat,makan, minum, pastu
tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda
bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.
Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak
ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa
soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda
seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini
dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set
juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai
anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set
limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di
nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap
hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan
hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri
dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda
menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan
segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan
semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati,
geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai
emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia
menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat
langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya
nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap
benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
No comments:
Post a Comment