Wednesday, August 26, 2009

23 LANGKAH MENCAPAI KEJAYAAN

1. Ke Arah Kesihatan Yang Baik
2. Mempelajari Pelajaran Yang Baru
3. Peningkatan Daya Tumpuan
4. Membaiki Daya Ingatan
5. Emosi Baru Yang Positif
6. Suara Yang Menarik dan Jelas
7. Lebih Berhati-Hati Esok
8. Berkhidmat Dengan Cemerlang
9. Ke Arah Cita-Cita Yang Lebih Tinggi
10. Jadikan Kematangan Satu Matlamat
11. Keluarga Yang Bahagia
12. Perbaiki Komunikasi
13. Manfaat Dari Pembacaan
14. Masalah Untuk Penyelesaian
15. Menambah Kebahagiaan
16. Bidang Mental Yang Lebih Luas
17. Tiada Lagi Kecelaruan (kerja bersistem)
18. Anda Lebih Imaginatif
19. Projek Demi Projek
20. Melakukan Lebih Dari Dugaan
21. Menjadi Ibu Bapa Yang Baik
22. Semuanya Tenang dan Tenteram
23. Perkayakan Hidup Anda Sekarang

TINGKAT KEHENDAK (TIORI MASLOW)

• Mengikut Abraham Maslow, seorang pakar sains kelakuan, ‘manusia sentiasa berkehendakkan sesuatu yang lebih daripada apa yang ada padanya’. Apabila sesuatu keperluan telah tercapai, ia akan berkehendakkan sesuatu yang lebih tinggi.
• Keperluan asas merupakan keperluan untuk membolehkan sesorang menjalani kehidupan biasa. Contoh makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
• Keselamatan dan jaminan ialah keperluan yang membolehkan kehidupan masa depan sesorang akan terjamin seperti pekerjaan tetap dan pencen.
• Keperluan sosial ialah keperluan untuk berkawan, berjiran dan berbaik-baik dengan ahli masyarakat.
• Keperluan kehormatan diri berkaitan dengan status penghargaan dan pengikhtirafan dari sahabat dan masyarakat.
• Pencapaian diri (kepuasan) merupakan kepuasan maksimum yang ingin dicapai oleh seseorang individu walaupun hakikatnya ini mungkin sukar dicapai

Satu perkara yang paling penting, saya ramai ditemukan dengan orang-orang positif yang dulunya berfikiran negatif. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup mereka mengubah tanggapan negatif mereka, dari pesimisi menjadi optimis.Antara situasi yang banyak mengubah mereka adalah masalah hidup - masalah perhubungan dan masalah kewangan. Entah cemana, mereka tetiba sedar cara nak keluar dari masalah adalah dengan bersikap optimis, iaitu yakin masalah boleh diselesaikan satu persatu dengan usaha konsisten.Sekadar membaca buku motivasi masih tak cukup untuk membuat diri kita bermotivasi. Kita perlu berdepan alam sebenar, berani mendepani realiti hidup, memahami perjalanannya.Kita kena menafsir bagaimana hidup ni mengajar kita menjadi insan cemerlang, beremosi cemerlang dan bertindak cemerlang. Jika orang lain boleh selesaikan masalahnya, maka sesiapapun boleh, termasuk kita.Semuanya bermula dengan satu faktor sahaja - tindakan berterusan!


Tuesday, August 25, 2009

BAGAIMANA UNTUK MENJADI PEMIMPIN CEMERLANG

Membina Diri Menjadi Seorang PemimpinCemerlang

1. Suka dikritik atau ditegur
Sangat tidak sesuai jika sesaorang itu ingin mengharungi lautan tanpa bertanya kepada orang yang tahu mengenai keadaan dilaut yang luas. Jika kita di beri nasihat seharusnya kita berterima kasih. Jika kita tersinggung karena di sebut awak bodoh maka seharusnya kita tersinggung jika disebut awak pandai karena itu tidak benar. Jika kita benci terhadap kritikan, saranan, nasihat atau membetulkan kesilapan maka kita tidak akan boleh menjadi orang yang cemerlang. Jika seorang pemimpin benci terhadap cadangan atau nasihat, bahkan memusuhi orang yang mengkritik, maka dia tidak akan  mampu memimpin dengan baik.
2. Memiliki Kasih Sayang Terhadap Sesama Insan
Diriwayatkan bahawa orang yang dinasihati oleh Rasulullah secara bijaksana berbalik menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Orang-orang yang cemerlang akan sayang terhadap sesama insan. Berbanding dengan orang-orang yang hidup penuh dengan kebencian, dimana kepuasan bathinnya adalah menghancurkan orang lain. Pemimpin yang cemerlang memiliki kasih sayang yang tinggi tidak hanya pada waktu tertentu sahaja. Kasih sayangnya juga tidak hanya untuk satu pihak atau kelompok tertentu melainkan  untuk semua golongan masyarakat.
3. Tidak Sombong
Orang yang sombong jelas tidak akan dapat menjadi cemerlang, karena kecemerlangan  itu pada dasarnya ingin kebaikan bersama, orang yang sombong biasanya hanya berkehendakkan kebaikan untuk dirinya sendiri. Rasulullah selalu hidup dalam pengorbanan, begitu juga Malaysia dapat membebaskan diri daripada penjajah hasil daripada orang-orang yang berjuang dengan mengorbankan jiwa dan harta benda. Orang yang cemerlang adalah orang yang mahu berkorban untuk orang lain bukan mengorbankan orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri.
4. Elakkan Daripada Terlalu Emosi
Keadaan itu bermaksud orang yang temperamental, mudah marah,  mudah tersinggung, sukar menjadi orang cemerlang .Kita hanya dapat menjadi cemerlang dengan pertolongan Allah dan kegigihan usaha untuk berubah, jadi orang yang cemerlang adalah orang yang beterampilan mengurus diri. Berhati-hatilah jika kita tergulung orang yang mudah marah kerana jika bertindak sesuatu biasanya cenderung bertindak dengan tidak mengunakan akal yang waras. Orang-orang yang emosional, tersinggung sedikit akan cuba membela diri dan dengan menyerang balas , ini tidak bijaksana karena yang dicari adalah kemenangan pribadi bukan kebenaran itu sendiri.
5. Berkemampuan membina Diri
Orang yang cemerlang tidak hanyut oleh masa yang lampau tetapi selalu memandang ke hadepan untuk memperbaiki kelemahan diri. Orang yang cemerlang akan membangkitkan semangat orang yang lemah, menerangi sesuatu kegelapan. Jika melihat orang yang berdosa, maka ia akan bersemangat untuk mengajak orang tersebut untuk bertaubat. Orang yang cemerlang ingin membuat orang lain maju dan sangat tidak suka kepada kehancuran dan kemusnahan kecuali bagi kebathilan. Semangat orang yang cemerlang adalah semangat untuk maju tidak hanya untuk dirinya sahaja tetapi juga bagi orang lain di sekelilingnya.

Maka yang dikehendaki pada seorang pemimpin cemerlang adalah pribadi yang tidak terlalu emosi, tidak sombong, penuh kasih sayang, suka dikritik dan memiliki semangat  untuk membangunkan dirinya,ummat serta bangsanya, dia tidak akan peduli walaupun disebalik kebangkitan yang ada dia mungkin akan tenggelam.Pemimpin yang bijak tidak peduli pada populariti diri dan tidak peduli dengan adanya pujian manusia karena kuncinya adalah ketulusan dan tidak mengharapkan apapun dari yang telah di lakukannya, adalah tidak akan mampu menjadi cemerlang jika kita mengharapkan sesuatu dari apa yang kita lakukan. Kita hanya akan menikmati kecemerlangan jika kita boleh memberikan sesuatu dari rezeki kita, bukannya mengharapkan sesuatu dari yang kita kerjakan.

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...