Tuesday, December 28, 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Monday, November 1, 2010

KENAPA RAMAI USAHAWAN GAGAL


Tidak semua usahawan yang menceburkan diri dalam perniagaan itu
mencapai apa yang mereka impikan. Terdapat fakta menunjukan bahawa
90% usahawan gagal dalam perniagaan dalam tempoh masa 5 tahun dan
yang terbaru kajian daripada Small Business Administration (SBA)
menyatakan;
2/3 usahawan baru gagal dalam jangka masa 2 tahun
44% usahawan baru gagal dalam jangka masa 5 tahun.
Bagaimanakan ini terjadi? Menurut statistik yang dikeluarkan ini faktor yang menjadi punca
kepada keadaan ini adalah disebabkan oleh;
1. Memulakan perniagaan pada masa yang tidak sesuai.
2. Pengurusan yang Lemah
3. Modal yang tidak Mencukupi
4. Masalah Lokasi
5. Kegagalan dalam merancang
6. Pengembangan perniagaan yang tidak terkawal
7. Tiada pembangunan Lama Web
8. Pasaran yang tidak pelbagai
Perniagaan merupakan pekerjaan yang mulia. Melalui perniagaan
banyak peluang pekerjaan serta peluang untuk meningkatkan taraf
hidup dan ekonomi individu dan negara dapat diwujudkan.
Kebanyakan usahawan masih perlu dibimbing dan dibangunkan dengan
strategi-strategi perniagaan yang bersistematik supaya dapat kekal
dalam arena perniagaan. Ini penting kerana melalui strategi yang
berkesan ia dapat membantu usahawan mempunyai daya saing yang tinggi.
Kejayaan sesuatu perniagaan merupakan satu rahsia kepada kejayaan
usahawan. Usahawan yang mempunyai perniagaan yang maju mempunyai
jati diri dan pengetahuan yang sangat baik dalam perniagaan.
Kegagalan bukannya satu pilihan bagi usahawan yang berjaya,
sebaliknya mereka mempunyai tahap kematangan fikiran yang tinggi,
pengetahuan yang baik serta minda yang positif yang dapat membuka
jalan kepada lebih banyak peluang-peluang perniagaan untuk terus
berkembang.Bagi memacu kepada sikap dan sifat usahawan yang gigih dan berjaya,
pembangunan yang berterusan (continous development) difikirkan
wajar diapplikasikan kepada usahawan bagi membantu mereka
mengenalpasti peluang serta melaksanakan perniagaan dengan cara
yang lebih praktikal dalam PEOPLEPRENUER Business School.

Sunday, June 27, 2010

Usahawan Cili Merah Fertigasi


strong>Cili padi banyak digunakan dalam resipi masakan Nusantara.
Penanaman guna polibeg atau kotak mampu keluarkan hasil dalam masa 10 - 14 minggu

CILI ialah tanaman daripada genre Capsicum, keluarga Solanaceae. Mengikut istilah botani, capsicum dalam kategori buah berri, namun cili sering dimasukkan dalam kumpulan sayuran yang mempunyai rasa pedas dan bahan penyediaan masakan.
Bagaimanapun, cili bukan saja digunakan sebagai bahan pedas, ia juga menjadi hiasan menarik untuk masakan mengikut keperluan pengguna.
Cili dipercayai berasal dari benua Amerika dan kini hidup di seluruh dunia kerana penggunaannya meluas dalam masakan mahu pun perubatan.
Namun, salah satu cili yang mendapat sambutan di negara ini dan sesuai dengan selera orang Asia ialah cili padi yang juga dikenali cili burung.
Cili ini bersaiz kecil dan bentuknya seperti biji padi menyebabkan ia mendapat nama cili padi. Di sesetengah tempat pula, ia dikenali cili burung kerana menjadi makanan unggas berkenaan.
Gambar dari kiri, Anak cili dalam pasu gantung. Bunga cili berwarna putih. Semai cili di tempat teduh.
Selain menjadi bahan makanan, cili padi turut menjadi hiasan menarik bagi laman terutama dalam penyediaan taman ramuan atau taman dapur (Edible Garden).

Berikut kaedah yang sesuai untuk menanam cili padi:

Langkah mudah penyediaannya.
A. Penyediaan anak benih
Ada dua jenis cara semaian mudah bagi penggunaan sendiri (bukan komersial).

1. Semaian Polibeg
Bahan diperlukan: Biji benih, polibeg dan media tanaman (Peatgro).
Cili hibrid menghasilkan buah pelbagai warna.
Taburkan dua hingga tiga biji sedalam 0.5 cm. Penjarangan dilakukan apabila anak benih mempunyai dua hingga tiga helai daun. Pilih pokok yang sihat. Tinggalkan satu pokok dalam setiap polibeg. Simpan di tempat teduh dan tunggu sehingga 6-8 minggu sehingga dialihkan ke lokasi tanaman tetap ( atas batas atau pasu).

2. Kotak SemaianBahan diperlukan: Biji benih , bekas semaian, media (Peatgro).
Menggunakan bekas semaian, pastikan mempunyai lubang pengairan di bahagian bawah. Taburkan media ke dalam bekas siram sehingga lembap keseluruhannya.
Biji benih disemai pada kedalaman 0.5 cm. Pastikan dilindungi daripada hujan lebat serta gangguan serangga. Penyiraman secara semburan halus dilakukan setiap hari. Anak benih dipindahkan ke tempat penanaman selepas tiga hingga enam minggu disemai.

Nota: Semburan baja daun boleh digunakan pada minggu kedua

B. Penyediaan media tanaman
1. Campuran tanah terbaik untuk pasu tanaman pokok gantung:
3 : 2 : 1 atau;
Tanah Atas : Bahan organik (Peatgro) : Pasir
Ingat… Pokok yang bagus bermula dengan tanah (media) yang bagus.
2. Baja Asas
Baja Organik - 150 g
Baja Phosphate ( TSP ) - 150 g
Kapur Pertanian ( Ca ) - 60 g

Sila rujuk keluaran Berita minggu mengenai topik campuran tanahC. Persediaan menanam
Memindah anak benih:

1. Selepas enam minggu di tapak semaian
2. Pilih anak cili yang sihat, normal dan tidak berpenyakit.
3. Sebelum mengubah anak pokok, dedahkan kepada sinaran matahari secara beransur-ansur (proses pengerasan)
4. Siram media agar basah supaya mudah untuk mencabut anak pokok dan mengurangkan kerosakan pada akar.
5. Masa sesuai adalah pada waktu petang (redup) diikuti dengan penyiraman.

D. Pembajaan dan pengurusan air pembajaan
Cuba elakkan menggunakan baja kimia memandangkan hasilnya untuk kegunaan sendiri.
Memandangkan campuran tanah sudah mengandungi baja asas, pembajaan seterusnya boleh di lakukan selepas minggu ke dua selepas dipindahkan.
Pembajaan seterusnya boleh dilakukan dua minggu sekali.
Penggunaan hormon atau vitamin atau penggalak ataupun EM (mikrob baik) dalam bentuk cecair boleh digunakan sekali seminggu. Penyemburan keseluruhan pangkal pokok sehingga daun juga boleh dilakukan.Bagi mendapatkan jenis baja organik serta hormon dan EM, bolehlah rujuk di kedai baja atau kedai pokok semaian (nurseri).
Nota: Penggunaan Peatgro sebagai media penanaman utama sangat penting kerana memberikan kualiti media yang baik, pH yang sesuai serta memastikan kelembapan yang sekata.
Penyiraman
Siram dua kali sehari, pada awal pagi dan petang. Jika hujan, penyiraman boleh dikurangkan.

E. Penuaian Hasil
Hasil boleh diperoleh pada tempoh 10 -14 minggu. Memetik cili sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang.
Elakkan menuai atau memetik cili sehingga dahan cili terluka.
Pengurusan Serangga Perosak dan Penyakit akan dibincangkan pada artikel akan datang.Nantikan penerangan secara mudah bagaimana untuk membuat bahan pencegah serangga perosak dan penyakit secara organik. Daripada bahan mudah, murah dan senang diikuti.Selamat Mencuba.Fakta: Cili
Tanaman genre Capsicum, keluarga Solanaceae
Dipercayai berasal dari benua Amerika
Ada lebih 400 jenis cili ditanam di seluruh dunia
Cili padi atau cili burung antara yang mendapat sambutan di Malaysia
Penggunaan cili meluas dalam masakan dan perubatan
Turut kaya vitamin A - antioksidan yang penting bagi meningkatkan daya tahan badan
Rasa pedas dihasilkan bahan kimia capsaicin dikatakan boleh meningkatkan tahap metabolik dan membantu masalah seperti selesema

Industri Asas Tani di Ladang Sarjani (Kambing Bebiri, Barbados + Santa)



-Induk Betina Registered FullBlood ... .... ... ... .... dari RM 2,100
-Induk Betina Purebreed (F5/F6) ... ... ... ... ... ... dari RM 1,080
-Induk Betina F3/F4 ... ... ... ... ... ... ... ... ... .... RM 880 - 980
-Induk Betina F1/F2 ... ... ... ... ... ... ... ... ... .... RM 680 - 780
-Induk Betina Feral ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..... RM 480 - 580
-Induk Betina Anglo Nubian Crossed... ... ... ... ... RM 480 - 580
-Induk Betina Koplo/Jawarandu/Jamnapari ... ... ... RM 480 - 580

Kami juga menjual pelbagai hasilan Rumput Napier Taiwan seperti berikut :-
(Special Offer untuk Benih Napier India & Taiwan hingga 30-Jun-2010)

1. Rumput Napier Taiwan (Whole)
- RM0.20 /kg (Offer : RM0.15/kg)
- Lorry 1 tan =>RM200 (Offer : RM150)
- Lorry 3 tan =>RM500 (Offer : RM400)
2. Rumput Napier Taiwan (Chopped)
- RM0.30/kg (Offer : RM0.20/kg)
3. Benih Rumput Napier Taiwan
-RM0.50/kg (Offer : RM0.30/kg)
-Lorry 1 tan=>RM300 (Offer : RM200 RM250)
-Lorry 3 tan=>RM700 (Offer : RM500 RM600)
4. Benih Rumput Napier India
-RM0.15 setiap Kerat/Napier
-1,000 Kerat/Mata =>RM150 (Offer : RM100) (Ex-Klang Office : RM120)
-5,000 Kerat/Mata=>RM750 (Offer : RM500 RM650)
-10,000 Kerat/Mata=>RM1,500 (Offer : RM800 RM1200)
5. Machine Chopper
- Light Duty (Napier / Jagung)
- Heavy Duty (Napier / Jagung / Kelapa Sawit)
sila email ktlfarm@gmail.com
atau hubungi talian 016-339 8803 (San), 019-334 8803 (Hee).

TERNAKAN IKAN AIR TAWAR DI DALAM SANGKAR



PEMILIHAN TAPAK
Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :

i. Suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air – 6-8
iii. Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida – kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia – kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan – 0-20 ppt

Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.
PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.

PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).

Friday, June 25, 2010

Projek Penternakan Burung Walit dalam Sangkar,


Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap.
Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan.

Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

* Sistem ventilasi bagi mengawal suhu

* Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari

* Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi

* Penyediaan beluti untuk burung bersarang

* Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.

* Pemasangan sistem audio

* Notis amaran di lokasi sesuai. Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat.

Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.
Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan. Pemasangan Sistem Audio Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran.
CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan.
Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi.

Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

Pemilihan Lokasi Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:

* Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.

* Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat.

* Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.

* Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.
Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit.
Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak.
Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang.
Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

MATERIAL SOKONGAN

Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.
Audio Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran Player Mp3 dan Amplifier Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.
Water Spry Water spry perlu untuk menarik minat wallet. Penyukat Suhu & Kelembapan Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung.
Sarang Tiruan Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang Speaker Utama Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru.
Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk. Tweeter Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...