Sunday, June 27, 2010

Usahawan Cili Merah Fertigasi


strong>Cili padi banyak digunakan dalam resipi masakan Nusantara.
Penanaman guna polibeg atau kotak mampu keluarkan hasil dalam masa 10 - 14 minggu

CILI ialah tanaman daripada genre Capsicum, keluarga Solanaceae. Mengikut istilah botani, capsicum dalam kategori buah berri, namun cili sering dimasukkan dalam kumpulan sayuran yang mempunyai rasa pedas dan bahan penyediaan masakan.
Bagaimanapun, cili bukan saja digunakan sebagai bahan pedas, ia juga menjadi hiasan menarik untuk masakan mengikut keperluan pengguna.
Cili dipercayai berasal dari benua Amerika dan kini hidup di seluruh dunia kerana penggunaannya meluas dalam masakan mahu pun perubatan.
Namun, salah satu cili yang mendapat sambutan di negara ini dan sesuai dengan selera orang Asia ialah cili padi yang juga dikenali cili burung.
Cili ini bersaiz kecil dan bentuknya seperti biji padi menyebabkan ia mendapat nama cili padi. Di sesetengah tempat pula, ia dikenali cili burung kerana menjadi makanan unggas berkenaan.
Gambar dari kiri, Anak cili dalam pasu gantung. Bunga cili berwarna putih. Semai cili di tempat teduh.
Selain menjadi bahan makanan, cili padi turut menjadi hiasan menarik bagi laman terutama dalam penyediaan taman ramuan atau taman dapur (Edible Garden).

Berikut kaedah yang sesuai untuk menanam cili padi:

Langkah mudah penyediaannya.
A. Penyediaan anak benih
Ada dua jenis cara semaian mudah bagi penggunaan sendiri (bukan komersial).

1. Semaian Polibeg
Bahan diperlukan: Biji benih, polibeg dan media tanaman (Peatgro).
Cili hibrid menghasilkan buah pelbagai warna.
Taburkan dua hingga tiga biji sedalam 0.5 cm. Penjarangan dilakukan apabila anak benih mempunyai dua hingga tiga helai daun. Pilih pokok yang sihat. Tinggalkan satu pokok dalam setiap polibeg. Simpan di tempat teduh dan tunggu sehingga 6-8 minggu sehingga dialihkan ke lokasi tanaman tetap ( atas batas atau pasu).

2. Kotak SemaianBahan diperlukan: Biji benih , bekas semaian, media (Peatgro).
Menggunakan bekas semaian, pastikan mempunyai lubang pengairan di bahagian bawah. Taburkan media ke dalam bekas siram sehingga lembap keseluruhannya.
Biji benih disemai pada kedalaman 0.5 cm. Pastikan dilindungi daripada hujan lebat serta gangguan serangga. Penyiraman secara semburan halus dilakukan setiap hari. Anak benih dipindahkan ke tempat penanaman selepas tiga hingga enam minggu disemai.

Nota: Semburan baja daun boleh digunakan pada minggu kedua

B. Penyediaan media tanaman
1. Campuran tanah terbaik untuk pasu tanaman pokok gantung:
3 : 2 : 1 atau;
Tanah Atas : Bahan organik (Peatgro) : Pasir
Ingat… Pokok yang bagus bermula dengan tanah (media) yang bagus.
2. Baja Asas
Baja Organik - 150 g
Baja Phosphate ( TSP ) - 150 g
Kapur Pertanian ( Ca ) - 60 g

Sila rujuk keluaran Berita minggu mengenai topik campuran tanahC. Persediaan menanam
Memindah anak benih:

1. Selepas enam minggu di tapak semaian
2. Pilih anak cili yang sihat, normal dan tidak berpenyakit.
3. Sebelum mengubah anak pokok, dedahkan kepada sinaran matahari secara beransur-ansur (proses pengerasan)
4. Siram media agar basah supaya mudah untuk mencabut anak pokok dan mengurangkan kerosakan pada akar.
5. Masa sesuai adalah pada waktu petang (redup) diikuti dengan penyiraman.

D. Pembajaan dan pengurusan air pembajaan
Cuba elakkan menggunakan baja kimia memandangkan hasilnya untuk kegunaan sendiri.
Memandangkan campuran tanah sudah mengandungi baja asas, pembajaan seterusnya boleh di lakukan selepas minggu ke dua selepas dipindahkan.
Pembajaan seterusnya boleh dilakukan dua minggu sekali.
Penggunaan hormon atau vitamin atau penggalak ataupun EM (mikrob baik) dalam bentuk cecair boleh digunakan sekali seminggu. Penyemburan keseluruhan pangkal pokok sehingga daun juga boleh dilakukan.Bagi mendapatkan jenis baja organik serta hormon dan EM, bolehlah rujuk di kedai baja atau kedai pokok semaian (nurseri).
Nota: Penggunaan Peatgro sebagai media penanaman utama sangat penting kerana memberikan kualiti media yang baik, pH yang sesuai serta memastikan kelembapan yang sekata.
Penyiraman
Siram dua kali sehari, pada awal pagi dan petang. Jika hujan, penyiraman boleh dikurangkan.

E. Penuaian Hasil
Hasil boleh diperoleh pada tempoh 10 -14 minggu. Memetik cili sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang.
Elakkan menuai atau memetik cili sehingga dahan cili terluka.
Pengurusan Serangga Perosak dan Penyakit akan dibincangkan pada artikel akan datang.Nantikan penerangan secara mudah bagaimana untuk membuat bahan pencegah serangga perosak dan penyakit secara organik. Daripada bahan mudah, murah dan senang diikuti.Selamat Mencuba.Fakta: Cili
Tanaman genre Capsicum, keluarga Solanaceae
Dipercayai berasal dari benua Amerika
Ada lebih 400 jenis cili ditanam di seluruh dunia
Cili padi atau cili burung antara yang mendapat sambutan di Malaysia
Penggunaan cili meluas dalam masakan dan perubatan
Turut kaya vitamin A - antioksidan yang penting bagi meningkatkan daya tahan badan
Rasa pedas dihasilkan bahan kimia capsaicin dikatakan boleh meningkatkan tahap metabolik dan membantu masalah seperti selesema

Industri Asas Tani di Ladang Sarjani (Kambing Bebiri, Barbados + Santa)



-Induk Betina Registered FullBlood ... .... ... ... .... dari RM 2,100
-Induk Betina Purebreed (F5/F6) ... ... ... ... ... ... dari RM 1,080
-Induk Betina F3/F4 ... ... ... ... ... ... ... ... ... .... RM 880 - 980
-Induk Betina F1/F2 ... ... ... ... ... ... ... ... ... .... RM 680 - 780
-Induk Betina Feral ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..... RM 480 - 580
-Induk Betina Anglo Nubian Crossed... ... ... ... ... RM 480 - 580
-Induk Betina Koplo/Jawarandu/Jamnapari ... ... ... RM 480 - 580

Kami juga menjual pelbagai hasilan Rumput Napier Taiwan seperti berikut :-
(Special Offer untuk Benih Napier India & Taiwan hingga 30-Jun-2010)

1. Rumput Napier Taiwan (Whole)
- RM0.20 /kg (Offer : RM0.15/kg)
- Lorry 1 tan =>RM200 (Offer : RM150)
- Lorry 3 tan =>RM500 (Offer : RM400)
2. Rumput Napier Taiwan (Chopped)
- RM0.30/kg (Offer : RM0.20/kg)
3. Benih Rumput Napier Taiwan
-RM0.50/kg (Offer : RM0.30/kg)
-Lorry 1 tan=>RM300 (Offer : RM200 RM250)
-Lorry 3 tan=>RM700 (Offer : RM500 RM600)
4. Benih Rumput Napier India
-RM0.15 setiap Kerat/Napier
-1,000 Kerat/Mata =>RM150 (Offer : RM100) (Ex-Klang Office : RM120)
-5,000 Kerat/Mata=>RM750 (Offer : RM500 RM650)
-10,000 Kerat/Mata=>RM1,500 (Offer : RM800 RM1200)
5. Machine Chopper
- Light Duty (Napier / Jagung)
- Heavy Duty (Napier / Jagung / Kelapa Sawit)
sila email ktlfarm@gmail.com
atau hubungi talian 016-339 8803 (San), 019-334 8803 (Hee).

TERNAKAN IKAN AIR TAWAR DI DALAM SANGKAR



PEMILIHAN TAPAK
Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :

i. Suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air – 6-8
iii. Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida – kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia – kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan – 0-20 ppt

Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.
PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.

PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...