Thursday, August 21, 2008

RESEPI KEK KEJAYAAN


RESEPI KEK KEJAYAAN
Bahan-bahannya:

250 gm Daya Usaha.
100 gm Kesabaran.
100 gm Keimanan.
190 gm Keinsafan.
150 gm Pengorbanan.
150 gm Campuran Akhlak Mulia ( Boleh
didapati dari didikan yang baik).
8 Sudu Rasa Tanggungjawab.
200 gm Senyum Secukup Rasa.
CARA-CARA MEMBUATNYA
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbangrasa dan tolak ansur. Hiaskan dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

PENTING…..
Untuk Mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik dan sempurna.

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...