Perjanjian Perkongsian
Perjanjian ini dibuat pada tarikh dan tahun seperti yang dicatatkan di dalam Ceraian 1 Jadual Pertama diantara pihak yang nama dan keterangannya tercatit di dalam Ceraian 2 Jadual Pertama (selepas ini dirujuk sebagai ‘Pihak Pertama’) bagi pihak yang Pertama Dan pihak yang nama dan keterangannya tercatit di dalam Ceraian 3 Jadual Pertama (selepas ini dirujuk sebagai ‘Pihak Kedua’) bagi pihak yang Kedua.
ARTIKEL 1
MUKADDIMAH
1.01
Pihak Pertama adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian
di.( Nama/ic-no/Alamat Penuh )
1.02
Pihak Kedua adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian
di.( Nama/ic-no/Alamat Penuh )
1.03
Pihak Pertama dan Kedua ada
membuka sebuah Perkongsian di bawah Akta Perkongsian 1961di atas nama (selepas
ini disebut sebagai ‘Perniagaan Tersebut’).
1.04
Pihak Pertama dan Kedua
bersetuju untuk melabur dan berusahasama dalam menjalankan Perniagaan
tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan
yang dinyatakan secara jelas atau tersirat dalam Perjanjian ini.
ARTIKEL 2
DEFINISI-DEFINISI
2.01
Di dalam Perjanjian ini, setiap perkataan hendaklah membawa maksud
seperti yang dinyatakan di bawah:-
a.)
‘Pihak Pertama’ merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Ceraian 2 Jadual
Pertama dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak, pentadbir dan
penguasaannya.
b.)
‘Pihak Kedua’ merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Ceraian 3 Jadual
Pertama dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak, pentadbir dan
penguasaannya.
c.)
‘Perniagaan Tersebut’ merujuk kepada perniagaan seperti yang
terdapat di dalam Pendaftaran Perkongsian dan apa-apa dokumen lain yang
berkaitan.
d.)
‘Balasan’ merujuk kepada balasan keuntungan yang akan diperolehi daripada
Perniagaan Tersebut dan akan dibahagikan diantara Pihak Pertama dan Kedua.
e.)
‘Liabiliti’ merujuk kepada tanggungjawab bersesama yang perlu
dipikul dan dilaksanakan oleh Pihak Pertama dan Kedua.
f.)
‘bulan’ bermakna bulan kalender masihi.
g.)
‘RM’
merujuk kepada Ringgit Malaysia yang sah di sisi undang-undang Malaysia.
h.)
‘Undang-undang’ merujuk kepada Undang-undang Malaysiayang terkandung di dalam
Akta-akta,Regulation dan ‘by Laws’ yang diterima pakai di Malaysia.
i.)
Masa dimana jua disebut di dalam Perjanjian ini adalah menjadi perkara
mustahak dan pati bagi perjanjian ini.
j.)
Jika terdapat dua atau lebih orang perseorangan yang boleh dikategori
sebagai Pihak Pertama dan Pihak Kedua apa-apa
perjanjian–perjanjian,waad-waad,syarat-syarat dan akujanji-akujanji mereka hendaklah
dianggap sebagai dilaksanakan oleh dan akan mengikat setiap daripada mereka
bersama dan berasingan.
k.)
Perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah
disifatkan dan dikira yermasuk gender feminin dan hekter dan sebaliknya.
l.)
Perkataan-perkataan yang membawa erti bilangan tunggal hendaklah
disifatkan dan dikira termasuk bilangan banyak dan sebaliknya.
ARTIKEL 3
BALASAN
3.01
Keuntungan
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju dan berwaad
bahawa keuntungan bersih yang akan diperolehi daripada Perniagaan tersebut akan
dibahagi sama rata diantara Pihak Pertama dan Pihak Kedua pada peratusan Lima
Puluh dan Lima Puluh (50% :50%)masing-masing.
3.02
Kerugian
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju akan
bersesama menanggung kerugian sekiranya berlaku daripada Perniagaan Tersebut
pada peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50%:50%) masing-masing tanpa gagal.
3.03
Keingkaran Pembahagian Balasan
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sekiranya ada di
antara pihak-pihak terlibat di dalam Perjanjian Perkongsian ini gagal samada
membahagikan keuntungannya atau kerugiannya seperti yang dinyatakan secara
jelas di kalusa 3.01 dan 3.02 melainkan dengan persetujuan kedua-dua pihak,
maka pihak yang satu lagi adalah berhak membawa perkara tersebut ke Mahkamah.
ARTIKEL 4
MODAL DAN PELABURAN
4.01
Modal
Kedua-dua pihak mempunyai pengetahuan bahawa Pihak
Pertama dan Pihak Kedua telah mengeluarkan modal awal bagi menjalankan
Perniagaan Tersebut.
ARTIKEL 5
LIABILITI
5.01
Liabiliti
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa liabiliti terhadap Perniagaan
Tersebut adalah ditanggung bersesama Pihak Pertama dan Pihak Kedua dan
sekiranya satu pihak di saman bagi tuntutan gantirugi, perbelanjaan gantirosak,
tanggung kerugian dan perbicaran maka pihak yang satu lagi akan
mengindemnifikan pihak yang disaman tersebut tanpa gagal. Sekiranya pihak yang
satu lagi enggan dan/atau gagal dan/atau cuai untuk mengindemnifikan pihak yang
disaman tersebut maka secara perjanjian pihak yang disaman tersebut berhak
untuk menarik pihak yang satu lagi di dalam prosiding tuntutan tersebut sebagai
Pihak Ketiga.
ARTIKEL 6
PENGURUSAN
6.01
Kewangan
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa
kedua-dua pihak adalah bertanggungjawab bersesama untuk mengendalikan
pengurusan kewangan Perniagaan Tersebut
dan akan melantik juruaudit luar bagi setiap hujung tahun kewangan untuk
memastikan bahawa perjalanan akaun Perniagaan Tersebut adalah teratur dan
tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan.
6.02
Pekerja
Pihak Pertama dan Pihak Kedua berjanji akan
bertanggungjawab bersesama untuk mengambil insuran pekerja-pekerja Perniagaan
Tersebut dengan insuran pampasan pekerja dan akan membayar sebarang caruman
yang perlu di bayar mengikut Undang-undang buruh yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa tempatan.
ARTIKEL 7
KEDUDUKAN SYARIKAT
7.01
Kedudukan syarikat
a.)
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa pada masa menandatangani
Perjanjian Perkongsian ini, Perniagaan Tersebut akan beroperasi sebagai sebuah
perniagaan induk sendiri dan akan hanya diuruskan oleh Pihak Pertama dan Pihak
Kedua.
b.)
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pada masa material tersebut Pihak
Pertama dan Pihak Kedua adalah diwajibkan untuk menandatangani segala
dokumen-dokumen yang perlu bagi Perniagaan Tersebut.
ARTIKEL 8
PEMBATALAN
8.01
Pembatalan Perjanjian Perkongsian ini
a.)
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian perkongsian ini tidak boleh
dibatalkan samasekali melainkan berlakunya perkara-perkara yang dinyatakan
dibawah ini:-
i.
sekiranya kedua-dua pihak bersetuju secara sukarela membatalkan
Perjanjian Perkongsian ini;dan/atau
ii.
sekiranya salah satu pihak yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian
ini melanggar syarat-syarat ,terma-terma dan peruntukan-peruntukan di dalam
Perjajian Perkongsian ini;dan/atau
iii.
sekiranya pihak berkuasa membatalkan lesen Perniagaan Tersebut dan/atau
enggan memperbaharui lessen Perniagaan Tersebut;dan/atau
iv.
sekiranya Perniagaan tersebut mengalami kerugian yang teruk dan Pihak
Pertama dan Pihak Kedua terpaksa menutup Perniagaan Tersebut samada secara
sukarela ataupun dengan perintah mahkamah.
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembatalan
Perjanjian Perkongsian tidak akan menyebabkan hilangnya hak pihak-pihak yang
terlibat didalam Perjanjian Perkongsian ini yang telah dinyatakan didalam
peruntukan –peruntukan Perjanjian Perkongsian ini.
ARTIKEL 9
KEINGKARAN
9.01 Keingkaran Pihak Pertama
Sekiranya Pihak Pertama melanggar syarat-syarat,
terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian
Perkongsian ini maka Pihak Kedua berhak membatalkan Perjanjian Perkongsian ini
dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak Pertama dalam tempoh Empat Belas
(14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukkan dan Pihak Kedua berhak
menuntut gantirugi terhadap segala kerugian yang dialami kesan daripada
perlanggaran tersebut
Sekiranya perlanggaran terma-terma , syarat-syarat
dan peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Perkongsian ini oleh Pihak Pertama
menyebabkan Pihak Kedua di saman terhadap tuntutan gantirugi, perbelanjaan
gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak Pertama mestilah
mengindemnifikan Pihak Kedua terhadap tuntutan-tuntutan tersebut tanpa gagal.
9.02
Keingkaran Pihak Kedua
Sekiranya Pihak Kedua melanggar syarat-syarat,
terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian
Perkongsian ini maka Pihak Pertama berhak membatalkan Perjanjian Perkongsian
ini dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak Kedua dalam tempoh Empat Belas
(14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukkan dan Pihak Pertama berhak
menuntut gantirugi terhadap segala kerugian yang dialami kesan daripada
perlanggaran tersebut
Sekiranya perlanggaran terma-terma , syarat-syarat
dan peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Perkongsian ini oleh Pihak Kedua
menyebabkan Pihak Pertama di saman terhadap tuntutan gantirugi, perbelanjaan
gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak Kedua mestilah
mengindemnifikan Pihak Pertama terhadap tuntutan-tuntutan tersebut tanpa gagal.
ARTIKEL 10
EKUITI
10.01
Ekuiti
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa dengan
menandatangani Perjanjian Perkongsian ini, maka Pihak Pertama mempunyai Lima
Puluh Peratus(50%) pegangan ekuiti di dalam Perniagaan Tersebut dan Pihak Kedua
mempunyai Lima Puluh Peratus (50%) pegangan ekuiti di dalam Perniagaan
Tersebut.
10.02
Penjualan Ekuiti
a.) Pihak Pertama bersetuju dan
berjanji bahawa sekiranya Pihak Pertama mempunyai niat untuk menjual pegangan
ekuiti Pihak Pertama kepada pihak lain maka persetujuan bertulis daripada Pihak
Kedua mestilah diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan
terlebih dahulu kepada Pihak Kedua dan
Pihak Kedua dalam tempoh Satu (1) bulan mestilah memberi jawapan bertulis
kepada tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya Pihak
Kedua gagal memberi jawapan bertulis dalam masa yang telah ditetapkan maka
Pihak Pertama berhak menawarkan penjualan pegangan ekuiti tersebut kepada pihak
lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Kedua.
b.) Pihak Kedua bersetuju dan
berjanji bahawa sekiranya Pihak Kedua mempunyai niat untuk menjual pegangan
ekuiti Pihak Kedua kepada pihak lain maka persetujuan bertulis daripada Pihak
Pertama mestilah diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan
terlebih dahulu kepada Pihak Pertama dan
Pihak Pertama dalam tempoh Satu (1) bulan mestilah memberi jawapan bertulis
kepada tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya Pihak
Pertama gagal memberi jawapan bertulis dalam masa yang telah ditetapkan maka
Pihak Kedua berhak menawarkan penjualan pegangan ekuiti tersebut kepada pihak
lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Pertama.
c.) Sekiranya penjualan pegangan
ekuiti tersebut tidak mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan di
Klausa 10.02 (a) dan (b) maka penjualan ekuiti tersebut adalah tidak sah.
ARTIKEL 11
FORCE MAJEURE
11.01
Force Majeure
Sekiranya berlaku ‘Force Majeure’ yang menyebabkan
mana-mana pihak di dalam Perjanjian Perkongsian ini tidak dapat menjalankan
tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Perkongsian
ini, maka kegagalan dan/atau keingkaran tersebut adalah tidak boleh diambilkira
sebagai perlanggaran kepada terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan
–peruntukan di dalam Perjanjian ini.
Definisi bagi ‘Force Majeure’ adalah seperti
berikut:-
a.)
berlakunya peperangan,penaklukan,perbuatan, kerosakan yang teruk oleh
pihak-pihak pelampau, rusuhan, daruruat, serangan pengganas, kiamat dan
sebagainya; dan /atau
b.)
berlakunya pencemaran radioaktif samada daripada sumber nuklear atau
sumber-sumber lain yang menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak; dan /atau
c.)
berlakunya gempa bumi, bsnjir besar, letupan gunung berapi dan
sebagainya yang dikategorikan sebagai ‘Act of God’
ARTIKEL 12
KEPELBAGAIAN
12.01
Penyerahan tugas
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tugas-tugas
pengurusan akan hanya dibuat oleh Pihak Pertama dan Pihak Kedua sahaja melainkan
jika kedua-dua pihak bersetuju untuk melantik orang ketiga bagi tugas-tugas
pengurusan.
12.02
Cukai
Kedua-dua pihak bersetuju akan bersama membayar
cukai yang mungkin dikenakan oleh Pihak Berkuasa diartas Perniagaan Tersebut.
12.03
Sulit dan Persendirian
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa segala
maklumat-maklumat berkaitan dengan Perniagaan Tersebut adalah sulit dan
persendirian dan kedua-dua pihak berjanji tidak akan memaklumkan kepada
sesiapapun samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung berkenaan
dengan maklumat-maklumat Perniagaan Tersebut.
12.04
Undang-Undang
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa dalam
menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Perjanjian Perkongsian tersebut
mestilah mematuhi setiap undang-undang di Malaysia dan sekiranya ada
pihak-pihak yang secara sengaja ataupun tidak sengaja melanggar undang-undang
sehingga menyebabkan pihak yang satu lagi disaman maka pihak yang melanggar
undang-undang tersebut mestilah mengindemnifikan pihak yang satu lagi terhadap
saman tersebut.
12.05
Pemberian Milik
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian
Perkongsian ini tidak boleh dipindahmilik oleh mana-mana pihak yang terlibat di
dalam Perjanjian Perkongsian ini kepada Pihak Ketiga.
12.06
Masa
Masa merupakan asset penting di dalam Perjanjian
Perkongsian ini berhubung dengan segala terma-terma, syarat-syarat dan
peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian ini.
12.07
Jadual dianggap Bahagian Penting Perjanjian
Usahasama ini
Jadual-jadual yang dilampirkan di dalam Perjanjian
Perkongsian ini hendaklah dianggap, dibaca dan ditafsirkan sebagai penting
Perjanjian Perkongsian ini.
12.08
Notis
Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang
dikehendaki, disampaikan leh mana-mana pihak kepada Perjanjian Perkongsian ini
hendaklah secara bertulis dan hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang
mencukupi dan sempurna sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamcaranya
melalui surat pos berdaftar ke alamat pihak-pihak yang satu lagi itu seperti
yang tersebut terdahulu di atas ini dan didalam hal demikian ianya hendaklah
disifatkan telah menerimanya apabila menerima bukti serahan berdaftar tersebut
atau dengan serahan tangan ke diri pihak-pihak dalam Perjanjian Perkongsian
ini.
SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak berkenaan
menurunkan tandatangan masing-masing di sini pada haribulan dan tahun yang
tertera dimuka surat pertama perjanjian ini.
Ditandatangani oleh Pihak Pertama }
dihadapan:- }Mr. Rahman bin Yusof
}NO
KP 000000-00-0000
Ditandatangani oleh Pihak Kedua }
dihadapan:- }Mr.Subramaniam A/L ....
}NO
KP: 000000-00-0000