Friday, April 7, 2017

ANALISIS DIRI SENDIRI UNTUK BERJAYA

Siapakah diri kita sebenarnya?
Diri kita sebenarnya terdiri dari tiga orang
               
(We are three person)
Anggapan kita tentang diri sendiri
Diri kita dari kacamata orang lain
Diri kita sebenarnya

ASPEK PENILAIAN

1.             MEMAHAMI DIRI SENDIRI
                Apakah kita merasa bahawa kita telah benar-benar mengenali diri kita sendiri? Apakah yang menjadikan kita seorang yang cekal dan kebal menghadapi dugaan dan cabaran? Menyedari akan kelemahan dan kekuatan diri kita.
2.             MOTIVASI
                Adakah kita mempunyai kemahuan, semangat yang membara dan keyakinan diri untuk berusaha mencapai segala matlamat yang kita ingini walaupun terpaksa mengharungi segala rintangan dan kekecewaan yang berada di hadapan kita ?
3.             DISIPLIN DIRI
                Bolehkah kita mengeluarkan segala kekuatan dalaman (inner strength) yang berada di dalam diri kita untuk mengawal diri kita sendiri yakni melawan perasaan demi mencapai matlamat godaan yang mana boleh kita atau mengalihkan kita ke tempat yang kurang produktif atau yang boleh menjatuhkan kita?
4.             KEIMANAN
                Apakah kita mempunyai asas keimanan yang cukup kuat di dalam diri kita? Keimanan dan ketakwaan merupakan pedoman dan pegangan hidup kita ke arah mencipta kejayaan.
5.           KEYAKINAN
                Adakah kita percaya kepada diri kita sendiri dan kebolehan yang berada dalam diri kita untuk mencapai apa jua yang telah dirancang?
6.            PERSONALITI (DAYA TARIKAN)
                Apakah kita memiliki personaliti yang membuat orang merasa selesa dan senang (comfortable) akan kehadiran kita? Imej diri (self image) yang sebagaimana ingin kita tonjolkan mengenai siapakah diri kita yang sebenarnya? Imej diri adalah aset yang paling berharga pada diri kita.
7.             MENGUASAI EMOSI
                Bolehkah kita melawan atau menahan emosi yang mana sekiranya kita gagal menguasai akan membawa akibat tidak baik kepada diri sendiri dan juga mengagalkan dari mencapai cita-cita kita?
8.             SIKAP KITA
                Apakah kita mempunyai sikap positif dalam menjalankan tugas-tugas atau ketika menghadapi masalah? Sikap negatif akan mematikan semangat dan memundurkan diri kita.
9.             TAHAP TENAGA
                Bolehkah kita membekalkan tenaga yang berterusan bagi membolehkan kita bekerja keras untuk mencapai matlamat kita?
                SOALNYA : Bagaimana kita dapat memperolehi dan mengekalkan tenaga dan kekuatan sepanjang masa?
10.           SEMANGAT, KECERGASAN, KEGIRANGAN (ENTHUSIASM)
                Adakah kita menghadapi segala tugas dan aktiviti dengan bersemangat, cergas dan perasaan riang dan memberi gambaran begini kepada orang lain secara berterusan (kebiasaan) apabila berkomunikasi? Mampukah kita mempengaruhi atau merubah suasana atau seseorang dengan semangat kegirangan, keramahan dan ‘charisma’ kita?
11.           BERFIKIRAN KREATIF
                Apakah kita selalu berfikiran atau menggunakan minda kita sepenuhnya untuk mencari jalan menyelesaikan segala kesulitan hidup, menggunakan idea-idea baru dan apa jua strategi untuk menyelesaikan dan mengatasi segala masalah dan kesukaran?
                NOTA:  Kita boleh merubah hidup kita dengan merubah cara kita berfikir.
12.          STANDARD DAN UKURAN TARAF
                Adakah kita mempunyai `standard’ ataupun ukuran taraf yang tinggi kepada diri kita dan juga         kepada orang lain? Ataupun kita tidak ada dan tidak pedulikan `’standard’ kita langsung. Yang terpenting ialah menjaga imej diri.
13.          MATLAMAT
              Apakah kita mempunyai matlamat hidup yakni arah tujuan atau cita-cita masa depan yang ingin kita jadikan kenyataan? Tanpa matlamat yang jelas, hidup kita akan terumbang-ambing dan hanyut dalam arus kehidupan. Matlamat dan perancangan adalah kompas ke arah kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
14.          PENGURUSAN MASA
                Apakah kita mempunyai pengurusan masa yang tersusun rapi yakni dirancang sepenuhnya? Dapatkah kita membezakan antara kesegeraan, kepentingan, tidak penting dan tidak segera?

- Sebab Apa Kita Diuji

Jawapannya mudah - supaya kita berubah. Kita tak akan berubah jika kita tidak ada sebab untuk berubah dan apa tujuan perubahan kita. Kita akan kekal dengan sikap lama, perangai lama, mindset lama yang menyebabkan kita tidak mencapai apa-apa.Andai kata kita menerima ujian, tak kiralah dalam apa jua bentuknya, sama ada ujian kewangan, ujian dalam bentuk permasalahan, ujian emosi, kena sabar. Sabar perkara paling utama sebab orang cemerlang dan orang berjaya, dia sentiasa mendahulukan sabar.Orang yang tidak penyabar, dia bukan orang cemerlang. Anda boleh perhati sikap camni kat mana-mana.Orang yang tak sabar akan cenderung menyalahkan takdir kerana memberikannya ujian yang dia sendiri tak minta. Sebenarnya, ujian itu diturunkan untuk membuat dia berubah menuju kejayaan, cuma dia sendiri tak faham-faham.Kesimpulannya, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya sedar Islam mahu kita maju, supaya kita dapat menyumbang sesuatu kepada orang-orang dalam komuniti kita juga ummah keseluruhannya.Bersangka baiklah dengan ujian Tuhan, laluinya, ubah diri ke tahap lebih baik, kita akan saksikan diri kita berjaya mencapai tahap kejayaan tanpa kita sendiri sedari.

No comments:

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...