Thursday, April 6, 2017

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERJAYA BARU.

Persediaan  yang seharusnya dilakukan oleh kita adalah persediaan mental. Mental dan emosi yang tidak bersedia untuk bekerja hanya akan mengundang masalah ketika bekerja seperti sentiasa merungut, tidak suka dengan kerja dan sentiasa mudah kalah dengan cabaran ketika bekerja.

Namun, bukanlah maksud penulis untuk bakal pesara supaya berehat semahu-mahunya selepas tamat perkhidmatan, tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah ~ kita hendaklah sentiasa menajamkan persediaan mental, mendapat rehat yang cukup dan bersedia bahawa dunia pekerjaan amatlah mencabar di masa akan datang.
Antara cara untuk membuat persediaan mental dan emosi adalah dengan mengetahui cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh para sahabat yang sudah bekerja, sentiasa mendapat rehat yang cukup sebelum bekerja dan mula memperlahankan aktiviti-aktiviti hiburan yang berlebihan yang boleh menjejaskan tahap prestasi kerja anda kelak. Adalah dibimbangi ketika sudah mendapat pekerjaan, kita masih terikut-ikut dengan budaya lama dulu yang banyak melepak, banyak berkaraoke hingga larut malam dan bermain games tanpa mengira masa.Dengan mula berfikir matang dan mula lebihkan fokus kepada alam pekerjaan, anda akan mula dapat menyesuaikan diri dalam dunia kerjaya serta dapat bekerja dengan bahagia dan gembira.
Kesimpulannya, persediaan Temuduga,memahami budaya kerja diera zaman moden ini menggambarkan bahawa dunia kerjaya adalah dunia yang serius. Ia memerlukan kesungguhan dan komited dalam menyiapkan tugasan.Namun, janganlah melihat ia sebagai tekanan atau perkara yang membebankan, sebaliknya anggaplah ia cabaran untuk mematangkan diri dan mempersiapkan anda ke fasa yang lebih jauh seperti alam perkahwinan, mengembangkan harta dan memiliki kehidupan yang lebih selesa untuk dunia dan akhirat.

No comments:

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...