Sunday, April 2, 2017

Langkah awal Memulakan Perniagaan

Untuk menjadi usahawan pula, tidak semestinya anda menjadi usahawan sepenuh masa. Boleh jadi anda bekerja makan gaji sambil mempunyai perniagaan sampingan. Saya sendiri kenal ramai pelanggan kami di Pusatborong.com yang bekerja makan gaji dengan gaji RM 1500-3000 tetapi mereka mempunyai pendapatan sampingan yang mencecah sehinggan RM 15,000 hanya dengan menjual produk secara sampingan. 

Apakah persediaan yang perlu untuk memulakan perniagaan .

1. Penyesuaian Diri dengan realiti semasa.
Anda perlu menyesuaikan diri anda dengan realiti perniagaan pada hari ini. Jika dahulu kebanyakkan persaingan adalah dikalangan syarikat-syarikat besar. Kini dunia telah menjadi satu ruang tanpa sempadan yang rata. Persaingan berlaku antara syarikat kecil dan besar. Malah dalam sesetengah keadaan syarikat kecil lebih mendapat perhatian pelanggan berbanding dengan syarikat besar.Jadi anda tidak perlu risau tentang persaingan. Anda dan orang lain mempunyai peluang yang sama. Apa yang anda perlukan adalah untuk menjadi seorang yang sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran anda dalam bidang yang anda ingin ceburi.
2. Mulakan niat anda untuk berniaga. 
Setiap orang termasuk anda mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu yang unik. Cumanya ramai orang yang bekerja makan gaji tidak pernah mendalami perkara ini. Cuba tanya diri anda, apakah yang anda boleh buat dengan baik ? Jika tidak ada jawapan, cuba tanya rakan-rakan anda atau pekerja di tempat lama anda. Mungkin mereka boleh membantu anda mendapatkan jawapannya.Cuba mulakan kemahairan itu untuk digunakan dalam perniagaan. Adakah ia akan dapat sambutan daripada rakan anda.
3. Kenal pasti apa barangan atau perkhidmatan 
Cuba fikir apa barangan yang anda ada untuk dijual ? Saya bukan maksudkan barangan yang anda gunakan setiap hari. Maksud saya barangan yang anda boleh dapat dengan mudah atau murah berbanding dengan harga pasaran. Anda boleh mulakan dengan barangan yang ada di dalam portal Pusatborong.com ini. Mulakan dengan produk yang kosnya rendah terlebih dahulu untuk meminimakan modal anda. 
4. Mulakan dengan meningkatkan kenalan atau jaringan.
Senaraikan 100 orang yang anda kenal. Mulakan untuk berjumpa mereka setiap hari dan beritahu sedikit sebanyak mengenai perniagaan yang anda mulakan. Jika anda berjumpa dengan 3 orang sehari. Anda perlukan lebih 3 bulan untuk menghabiskan berjumpa dengan senarai 100 orang tadi.Dengan berjumpa mereka, anda sebenarnya telah meletakkan perkhidmatan anda dalam minda mereka. Mereka akan terfikir kepada servis yang ditawarkan ini jika mereka memerlukan. Ataupun mereka akan memperkenalkan anda kepada rakan mereka. Kaedah jumpa 100 orang ini adalah kaedah yang paling berkesan untuk memulakan pemasaran perniagaan.
5. Adakah kita masih berpeluang?
Setiap orang mempunyai masalah. Setiap orang mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Begitu juga apabila berlaku satu-satu krisis atau bencana. Ia menyebabkan ramai orang terlibat dalam masalah. Namun dalam masa yang sama, ia juga membuka pintu peluang kepada orang lain.Ini sama juga dengan minat masyarakat. Semua kita mempunyai minat dan kita sering juga terikut-ikut dengan minat orang ramai kerana ini adalah sesuatu yang seronok untuk dilakukan secara bersama. Jadi setiap fenomena sesuatu minat ini sebenarnya akan memberi peluang kepada usahawan. 

No comments:

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...