PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti berikut:
1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh 2 orang dan tidak melebihi daripada 20 rakan kongsi.
PROSEDUR PENDAFTARAN
1. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadang daripada SSM. Isikan Borang PNA 42 jika menggunakan nama tred. Nama diri seperti di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.
2. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) dengan mengisikan butir – butir maklumat seperti berikut :
a) Nama perniagaan
b) Jenis perniagaan
c) Tarikh permulaan perniagaan
d) Alamat dan tempat perniagaan
e) Cawangan perniagaan
f) Maklumat pemilik
g) Bagi perkongsian lampirkan perjanjian perkongsian (jika ada).
3. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang A.
SYARAT
1. Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan.
2. Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
3. Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang.
4. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau kebenaran.
5. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.
6. Sertakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada)
- Permit, Lesen, Surat Kebenaran atau Surat Sokongan dari agensi lain (jika ada)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...
-
Nombor Projek : 003 / SURAT KONTRAK KERJA / VI / 2017 Pada hari ini Rabu bersamaan 11 haribulan Mei 2017 bertempat di Taman Sri Ampang,S...
-
Sebelum memulakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berbentuk Perkongsian,perlu terlebih dahulu memastikan yang rakan kongsi saling ...
-
Nama Anda Alamat surat menyurat .......................................................................................................
No comments:
Post a Comment