Friday, October 16, 2009

BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN

Sebelum memilih sesuatu jenis entity perniagaan,adalah penting untuk mengetahui beberapa perbezaan dan ciri perniagaan milikan tunggal,perkongsian dan syarikat sendirian berhad.
Milikan Tunggal ( persaorangan )
- Dimiliki oleh seseorang pengusaha sahaja.
- Pengusaha lazimnya dibantu oleh pekerja yang dibayar gaji.
- Pemilikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap liability ( hutang ),pengurusan dan masa hadapan perniagaan.
- Perolehan modal bergantung kepada kemampuan pemilik.

Pemilikan Perniagaan Perkongsian
- Dimiliki oleh 2 hingga 20 orang
- Hak dan tanggungjawab rakan kongsi termaktub dalam surat perjanjian dan/ atau Akta Perkongsian 1961.
- Hutang perniagaan ditanggung oleh rakan kongsi secara bersama seperti yang dipersetujui dalam surat perjanjian.
- Sumber modal disumbangkan bersama oleh rakan kongsi.

Syarikat Sendirian Berhad.
- Bilangan anggota antara 2 hingga 50 orang.
- Tanggungjawab kewangan anggota syarikat terhad kepada jumlah saham yang dipegang.
- Syarikat perlu menggunakan perkataan ‘Sendirian. Berhad’ (Sdn.Bhd) di penghujung nama syarikat.
- Syarikat tidak dibenarkan mempelawa orang awam membeli saham syarikat.

No comments:

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...