Thursday, June 12, 2008
Masjid di bandar Hilir Melaka
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud
Ketika Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Quba. Masjid kedua yang dibina adalah Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...
-
Nombor Projek : 003 / SURAT KONTRAK KERJA / VI / 2017 Pada hari ini Rabu bersamaan 11 haribulan Mei 2017 bertempat di Taman Sri Ampang,S...
-
Sebelum memulakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berbentuk Perkongsian,perlu terlebih dahulu memastikan yang rakan kongsi saling ...
-
Nama Anda Alamat surat menyurat .......................................................................................................
No comments:
Post a Comment